Saturday, March 31, 2012

Apakah bentuk personaliti anda?

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada anda kerana sudi membaca bebel Novunus. Hari ini Novunus ingin berkongsi kepada anda mengenai Sesi Berkongsi Maklumat yang Novunus hadiri .

Sesi berkongsi Maklumat atau KSS ini biasanya diadakan oleh "ofis" Novunus pada setiap hari jumaat. Setakat ini Novunus telah menghadiri 5 jam KSS. Bagus juga dapat ikut KSS pada setiap hari jumaat ini sebab Novunus dan rakan-rakan perlu mencukupkan syarat berkursus 7 hari setahun. Kalau jumlah jam KSS genap 6 jam dapatlah sehari berkursus.

Bahagian Novunus ni memang susah sikit dapat berkursus tiga hari, bila "apply" asyik "kena reject" oleh penyelia. Well that's not the story that i'm about to tell.

Setelah lebih kurang 10 minit berborak-peranda, tuan penceramah yang dinanti pun tiba. Perwatakannya nampak ceria, bibirnya mengukirkan senyuman. Orangnya sederhana tinggi "standard orang Asia", bercermin mata, tali leher berwarna merah dan seluar panjangnya dipakai tinggi sedikit melepasi pinggang tidaklah seperti orang-orang zaman P.Ramlee.

Beliau memperkenalkan diri tapi Novunus lupa namanya. Memang Novunus ada masalah mengingat nama orang, hanya mampu mengingat rupa. Pernah ku jumpa tapi di mana ya? Situasi begini memang selalu terjadi pada Novunus.

Berbalik kepada cerita, beliau merupakan timbalan pengarah Biro Tatanegara. Cara beliau berkomunikasi menyampaikan ceramah memang hebat. Kalau beliau jadi "salesman" memang menguntungkan syarikat tapi jawatan pun timbalan pengarah memanglah hebat komunikasinya.

Beliau meminta bantuan pengacara majlis untuk edarkan kertas putih kepada setiap orang. Kawan sebelah Novunus sembunyikan pen sebab pen diberikan bagi yang datang sehelai pinggang. Novunus tersengih sahaja dan bersedia mendengar arahan dari tuan pemceramah.

Tuan penceramah menunjukkan slaid yang mengandungi empat bentuk iaitu bulat, segiempat sama, segitiga dan ombak. Beliau meminta kami melukiskan bentuk yang menggambarkan diri masing-masing


imej : psygeek


Berkerut kening Novunus memikirkan bentuk yang sesuai. Akhirnya bentuk bulat pilihan novunus. Kenapa? kehidupan Novunus seperti roda, kadang-kadang berada di atas maknanya Novunus mampu membawa seisi istana ke mana sahaja yang dititahkan permaisuri demi memenuhi kehendak mereka dan kadang-kadang berada di bawah maknanya Novunus hanya mampu membelikan apa yang menjadi keperluan bagi mereka tapi kebiasaannya Novunus sentiasa berada di bawah seperti roda itu tidak berpusing.

Dipendekkan cerita, menurut tuan penceramah setiap bentuk tersebut mewakili personaliti seseorang itu. Keputusannya, hanya dua orang yang memilih bentuk tiga segi, empat orang memilih empat segi dan selebih memilih antara bulat dan ombak tapi majoritinya memilih ombak.

Tuan Penceramah pun memberikan personaliti yang diwakili oleh bentuk-bentuk tersebut.

Orang bentuk segitiga merupakan orang yang tersangat rajin. Datang kerja awal dan sanggup balik lewat malam semata-mata hendak menghabiskan kerja. Sentiasa mematuhi arahan dalam apa jua sekali pun.

Orang bentuk empat segi lebih kurang sama dengan orang bentuk tiga segi cuma mereka tidak sekronik orang tiga segi maknanya mereka masih membuat kerja tapi tidaklah sehingga terbitnya matahari keesokan hari.

Personaliti orang bentuk bulat pula adalah rajin, sederhana dan bertimbangrasa. Selain Novunus, timbalan pengarah, penyelia Novunus sendiri dan kebanyakan pihak atasan yang hadir memilih bentuk bulat maknanya walau apa masalah sekali pun pihak atasan Novunus masih boleh bertimbangrasa

Akhir sekali orang bentuk ombak, mereka ini bukanlah pemalas tapi dalam ketika bekerja mereka suka bermain-main. Orang-orang bentuk ombak ini suka mempengaruhi orang-orang bentuk lain dalam membuat keputusan mereka tapi tanpa mereka suramlah suasana suatu pejabat itu.

Riuh seluruh bilik gerakan bila tuan penceramah menceritakan personaliti bentuk masing-masing. KSS tamat pada pukul 11 tengah hari dan penceramah bergegas meninggalkan bilik kerana ada komitmen lain.

Akhir kata, anda boleh mencuba sendiri kuiz ini atau jual pada kawan-kawan lain kerana ia terbukti berkesan. Itu sahaja bebel Novunus pada kali ini, "bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat" :) aramaiti....

Saturday, March 31, 2012 by Novunus Takano · 0

Friday, March 30, 2012

Kasut Bola termahal di dunia dilelong?

Kasut bola termahal di dunia direka di England. Bertakhtakan intan dan berlian, direka dalam 3 pasang dan bernilai $628,000.

Direka oleh pereka Luisa Di Marco sebagai tanda menghargai tiga pemain bola sepak terkenal England, John Terry, Wayne Rooney dan Rio Ferdinand.

Ketiga-tiga pasang kasut ini dilelong sebagai jualan amal dalam majlis pelancaran Yayasan amal Rio Ferdinand “Live The DreamFoundation”.


Kasut di atas ditandatangani oleh pemain Chelsea dan England, John Terry. Kasut tersebut dipakai oleh Terry semasa England menang ke atas Belarus 3-0. Dihiasi dengan dengan 2374 permata dan 27 karat berlian putih. Bernilai $219,905.


Kasut berwarna biru dan putih berjenama Nike milik pemain Manchester United, Wayne Rooney. Dipakai oleh Rooney ketika bermain dalam liga inggeris. Dihiasi dengan 2576 permata mengandungi 10 karat berlian putih dan 31 karat berlian hitam.


Kasut Nike berwarna hitam dan putih di atas milik pemain Manchester United, Rio Ferdinand. Dihiasi dengan 2494 permata mengandungi 18 karat berlian putih, 15 karat berlian hitam dan 11 karat batu delima. Sama seperti kasut Wayne Rooney, ia bernilai $203,616.

Novunus: fuhh.. sepasang macam harga sebuah rumah banglo satu tingkat

Info asal: hauteliving

Friday, March 30, 2012 by Novunus Takano · 1

Wednesday, March 28, 2012

Pembedahan pemindahan muka catat sejarah

Richard Lee Norris berumur 37 tahun berasal dari Virginia, Amerika Syarikat. Satu tragedi yang tidak diduga telah menimpa dirinya pada tahun 1997. Dia secara tidak sengaja tertembak mukanya sendiri dan menyebabkan dia kehilangan hidung, lidah dan hampir kesemua bahagian mulutnya. Selepas tragedi itu, dia telah menjalani beberapa sesi pembedahan untuk menstruktur semula mukanya tapi tidak memberikan sebarang hasil yang memuaskan kepadanya. Selama 15 tahun Norris mengasingkan dirinya daripada masyarakat, memakai topeng dan hanya keluar pada waktu malam. Orang ramai sentiasa merenung topengnya dan meminta dia menunjukkan kecacatan yang disembunyikannya.

Kehidupannya berubah apabila seramai 100 doktor, saintis dan kakitangan medik University of Maryland Medical Center bekerjasama menempuh pembedahan selama 36 jam untuk memindahkan muka yang baru kepada Norris. Pembedahan tersebut merupakan kajian selama 10 tahun yang dibiayai oleh Department of Defense's Office of Naval Research dan akan menjadi satu model untuk membantu pesara perang yang mengalami kecacatan akibat perang.



Norris menerima muka barunya daripada penderma organ yang tidak dikenali, yang mana organ-organ lain penderma tersebut berjaya menyelamatkan 5 lagi pesakit lain dalam hari yang sama. Dia diberi lidah yang baru untuk kelancaran percakapan, makan dan mengunyah, gigi yang rapat tersusun dan bersambung dengan sistem saraf untuk mebolehkannya senyum.


Dr Eduardo Rodriguez, Profesor dalam bidang pembedahan di University of Maryland School of Medicine dan merupakan ketua pakar pembedahan pemindahan muka Norris berkata Norris kini mampu merasa sentuhan di mukanya, memberus gigi dan bercukur. Deria baunya juga telah kembali. Proses penyembuhannya berjalan lebih pantas daripada jangkaan para doktor. Enam hari selepas pembedahan dia boleh menggerakkan lidah dan kelopak matanya.

"Apabila Norris membuka matanya pada hari ketiga, dia teringin untuk melihat cermin. Dia menurunkan cermin dan memeluk saya" kata Dr Rodriguez.

"sebelum ini mereka selalu merenung kerana kecacatannya dan kini ada sebab baru kenapa mereka merenung mukanya."

Novunus: Memang malang tragedi yang menimpa Norris, kita belajarlah bersyukur apa yang ada.

Info asal: dailymail

Wednesday, March 28, 2012 by Novunus Takano · 0

Batman banteras jenayah di Brazil

Superhero Batman ini ditugaskan untuk membantu polis memantau Santa Terezinha Square terutamanya jalan-jalan di Taubate City, Brazil pada 26 Mac 2012. Diperkenalkan secara rasmi oleh Kapten Warley Takeo pada 17 Mac yang lalu di daerah yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi di bandar Sau paulo.

Kapten Polis Warley Tokey berpendapat penglibatan karakter ini akan memberi manfaat kepada masyrakat setempat dalam jangka masa yang panjang. Kerjasama yang dipupuk di antara Batman dan pasukan polis dapat membantu kanak-kanak untuk membezakan yang mana baik dan buruk, seterusnya mengurangkan kadar jenayah di masa hadapan.

Siapakah sebenarnya superhero Batman ini? Superhero ini bukanlah seorang kaki perempuan yang kaya dengan identiti yang dirahsiakan seperti karakter Batman yang sebenar. Nama sebenar Batman ini adalah Andre Luiz Pinheiro, berumur 50 tahun dan merupakan pesara polis yang ikhlas menyarungkan topeng dan kostum Batman untuk membanteras jenayah serta memerangi pengedaran dadah yang berleluasa di bandar Sau Paulo.










Novunus: Kalau ada Batman mesti ada Robin kan, nampaknya ada vacancy untuk jadi Robin di Brazil.

Info asal: reuters

by Novunus Takano · 0

United pantau bintang muda Belgium, Axel Witsel


Sir Alex Ferguson menonton aksi Axel Witsel ketika Benfica bertemu dengan Chelsea pada pusingan suku akhir Piala Juara-Juara semalam. Pengurus United itu kini sedang memantau pemain Belgium berumur 23 tahun itu yang berharga sekitar 20 juta Pound dan telah menandatangani kontrak 5 tahun dengan Benfica selepas berpindah dari Standard Liege Julai tahun lalu.

Axel Witsel menerima ancaman bunuh pada tahun 2009 apabila beliau memijak pergelangan kaki Marcin Wasilewski hingga patah ketika Liege menentang Anderlecht.


Sementara itu The Sun melaporkan Michael Owen akan terus bermain bola sepak dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi. "sesetengah pemain akan mengadu sakit lutut apabila bangun dari tidur tetapi tidak bagi saya. Ia kelihatan ganjil kerana peminat tahu saya mengalami kecederaan tetapi saya berasa hebat sekali."

The Mirror melaporkan Rio Ferdinand digantikan ketika United menentang Fulham sebagai langkah berjaga-jaga. Beliau juga menyatakan bahawa United tahu apa yang diperlukan untuk terus memenangi baki perlawanan yang tinggal. "Kami berasa selesa kerana kami mampu mencipta peluang untuk menang dan kami hanya perlu bertenang"

Novunus: Sir Alex ni memang terer dalam mencari bakat muda dan jual dengan harga rekod dunia, cool!

Info Asal: manutd

by Novunus Takano · 0

Seberapa pintarkah anda?

Hasil kajian sains yang terbaru menunjukkan manusia yang mempunyai saiz otak yang lebih besar mempunyai lebih ramai kawan. Mengekalkan hubungan persahabatan termasuk rakan-rakan laman sosial memerlukan kekuatan otak untuk berfikir. Kajian menunjukkan otak manusia perlu menguasai lebih kemahiran kognitif iaitu memahami pemikiran seseorang. Saintins berpendapat wujudnya hubungan di antara bilangan rakan yang anda miliki dengan saiz bahagian korteks pre-frontal orbital iaitu bahagian otak yang terletak di atas bahagian mata anda.


Ujian dijalankan ke atas 40 orang peserta dan anatomi imej MR otak bahagian korteks pre-frontal orbital mereka diambil untuk diukur. Para peserta kajian diminta untuk menyenaraikan nama rakan-rakan yang mereka kenali atau yang baru mereka kenali dalam jangka masa seminggu.Tahap keupayaan mereka untuk memahami apa yang difikirkan oleh orang lain diuji kerana ia merupakan aspek yang penting dalam mengendalikan dunia sosial manusia.


Kajian itu yang ditaja sepenuhnya oleh British Academy Centenary Research Project dan British Academy Research Professorship, buat pertama kalinya menunjukkan kecekapan di dalam kemahiran bersosial ditentukan oleh saiz otak manusia. Professor Robin Dunbar daripada Universiti Oxford berkata "kami telah membuat satu penemuan yang menunjukkan individu yang mempunyai lebih ramai rakan mempunyai bilangan neural yang lebih di bahagian korteks pre-frontal orbitalnya"

"Pemahaman hubungan di antara saiz otak individu dan bilangan rakan-rakannya telah membantu manusia untuk memahami mekanisme yang membawa kepada pembentukan otak manusia yang lebih besar daripada spesies primal yang lain. Bahagian Lobus Frontal otak manusia telah membesar secara mendadak semenjak 50 juta tahun yang lalu. Hanya jumlah masa yang diperuntukkan untuk bersosial, geografi, personaliti dan jantina yang membezakan bilangan rakan-rakan yang dimiliki mereka." kata beliau lagi.


Saiz otak anda menentukan kemahiran bersosial anda yang membolehkan anda mempunyai ramai kawan.

Novunus: Alien mesti semuanya baik-baik dan suka berkawan kan, kepala dorang semuanya besar-besar

Info: dailymail

by Novunus Takano · 0

Monday, March 26, 2012

United kembali merampas takhta liga


United memperolehi 3 mata berharga dan kembali merampas takhta liga tetapi perlu bekerja keras untuk menewaskan Fulhan yang bertahan dengan baik dalam perlawanan yang mendebarkan di Old Trafford.

Jaringan gol Wayne Rooney pada separuh masa pertama sudah memadai bagi anak-anak buah Sir Alex, mereka gagal menambah jaringan dan permainan semakin tegang ketika menghampiri saat-saat akhir perlawanan di mana pengadil menidakkan sepakan penalti kepada Fulham setelah Danny Murphy dijatuhkan oleh Michael Carrick di dalam kotak penalti United.

United mendominasi permainan pada awal perlawanan, peluang United untuk mendahului hadir pada minit ke-11 apabila hantaran lintang Rafael menemui Ryan Giggs namun tandukannya terus ke dakapan Mark Schwarzer. Giggs diberi mandat untuk mengemudi bahagian tengah United mengambil alih peranan rakan seperjuangannya, Paul Scholes.

Fulham secara beransur-ansur mengendurkan tekanan, Moussa Dembele mengelecek mencari ruang di depan kotak penalti United tetapi percubaannya tidak menepati sasaran. Dua percubaan Clint Dempsey memaksa David Gea untuk menampilkan aksi cemerlang menyelamatkan bola daripada membolosi gawangnya.

United membuat serangan balas melalui Antonio Valencia tetapi rembatannya berjaya dihalang oleh John Arne Riise. Sepakan gunting Patrick Evra hanya sedikti sipi dari tiang gol Fulham dan percubaan kaki kiri Rafael di dalam kotak penalti ditangkap mudah oleh Schwarzer

Setelah permintaan penalti oleh pemain United apabila bola terkena tangan Stephen Kelly tidak dipersetujui oleh pengadil Michael Oliver, United memecah kebuntuan tiga minit kemudian. Hantaran lintang Ashley Young gagal ditanduk oleh Brede Hangeland dan Riise. Evans menghantar kembali bola ke dalam kotak penalti untuk memberi peluang kepada Rooney merembat bola menerjah jaring gol Fulham untuk United mendahului 1-0.

United mengawal permainan pada separuh masa kedua tetapi gagal menambah jaringan gol. Hantaran tepat Giggs memberi ruang kepada Valencia namun sepakannya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Australia, boleh yang muntah berjaya dikeluarkan oleh Riise .

Sepakan melencong Ashley Young berjaya ditepis keluar oleh Mark Schwarzer. Sir Alex mengeluarkan Welbeck dan memasukkan Javier Hernandez untuk menajamkan lagi bahagian serangan

ketika perlawanan menghampiri penghujungnya,Rio Ferdinand dan Rooney dikeluarkan. Semua mata tertumpu kepada pengadil apabila pemain gantian Murphy jatuh di dalam kotak penalti ketika Michael Carrick cuba merampas bola daripadanya dan para penyokong United menarik nafas lega apabila pengadil mengarahkan untuk meneruskan permainan. Evans mengakhiri prestasi cemerlangnya dengan menanduk keluar lontaran jauh Riise sebelum wisel penamat ditiup.

Novunus: Fulham bermain dengan baik but my Man Of The Match Choice goes to the lovely Ref..

Info asal: manutd

Monday, March 26, 2012 by Novunus Takano · 0

Sunday, March 25, 2012

Owen akan bermain semula


Sir Alex Ferguson berharap Michael Owen akan diturunkan pada minggu akan datang dan menekankan peluang pemain 32 tahun itu untuk memberikan sumbangan penting ke arah kejuaraan liga United masih ada.

Penyerang tersebut tidak bermain selama 5 bulan selepas mengalami kecederaan paha ketika United menewaskan Otetul Galati di Trafford, November tahun lalu.

"Ia merupakan satu perjalanan balik yang jauh bagi Owen" demikian kata Sir Alex Ferguson, "beliau mencuba tetapi gagal untuk berlatih semula pada awal bulan Mac. Selepas beberapa siri rawatan lanjutan akhirnya beliau kembali bersama skuad United pada minggu ini."

"Beliau menunjukkan perkembangan yang baik," Sir Alex memberitahu sidang akhbar yang diadakan pada hari jumaat yang lalu."Beliau kembali berlatih beberapa minggu yang lalu dan selepas beberapa sesi, beliau melakukan latihan fizikal dengan pasukan sains sukan tetapi beliau melakukannya melebihi kemampuannya. Beliau kini berehat beberapa hari dan akan menyertai rakan-rakannya semula minggu ini."

"Jika anda menginginkan seorang pemain yang akan menjaringkan gol-gol yang penting bagi anda, adakah sesiapa yang lebih baik daripada Michael Owen? Kehadiran beliau semula ke dalam skuad United amat dialu-alukan, walaupun hanya tinggal beberapa perlawanan lagi untuk musim ini berakhir."

Novunus: He's wearing the number 7 shirt, worn by legend George Best, Eric Cantona, David Beckham and Christiano Ronaldo. He's got a lot to prove it.

Info asal: manutd

Sunday, March 25, 2012 by Novunus Takano · 0

City kehilangan mata berharga di Stoke


Hero Manchester United dalam persaingan menduduki takhta liga minggu ini adalah bekas pemain Liverpool, Peter Crouch.

Goal menarik Peter Crouch memaksa City untuk berusaha keras menyamakan kedudukan dan berjaya mendapat satu mata di Britannia setelah seri 1-1 dengan Stoke City.

Walaupun keputusan tersebut berjaya membawa City ke persada liga dengan kelebihan goal, tiada senyuman yang diukir oleh bibir Mancini dan ana-anak buahnya ketika wisel terakhir ditiup. United kini mempunyai peluang mendahului 3 mata sebagai pendahulu liga yang baru jika mereka berjaya menewaskan Fulham di Old Trafford pada malam isnin nanti.

City bertungkus lumus ketika menentang Stoke dan aksi menarik separuh pertama, tandukan Ryan Shawcross berjaya dikeluarkan dari gawang goal pada saat akhir oleh pemain pertahanan City Pablo Zabaleta. Walau bagaimanapun Crouch berjaya menjaringkan satu gol yang menarik yang bakal disenaraikan antara gol yang terbaik sepanjang musim 2011/2012 liga inggeris.

Tandukan Cameron Jerome melantun ke udara berhampiran kotak penalti City tetapi tidak memberikan sebarang ancaman sehinggalah Crouch yang tidak asing lagi dalam menghasilkan gol-gol yang menarik, membuat kawalan bola yang baik ketika sentuhan pertamanya dan membuat satu sepakan lambung menuju ke sudut jauh pintu gol City

Penjaga gol City, Joe Hary hanya mampu menggapai udara, sementara penyokong Stoke melakukan aksi The Poznan mengajuk aksi penyokong-penyokong City merayakan jaringan gol.

Stoke hanya mampu mendahului sehingga minit ke-76 apabila rembatan kencang Toure Yaya dari jarak 35 meter menerjah jaring gawang Stoke, setelah mendapat sedikit bantuan daripada Shawcross yang cuba menanduk keluar bola tersebut sebaliknya membias ke badannya dan mengelirukan penjaga golnya.

Toure berjaya menyamakan kedudukan dan kekal hingga perlawanan tamat. Mampukah The Reds menyambar peluang yang disia-siakan City dan menambahkan lagi tekanan ke atas City?

Novunus: United mampu mengharungi segala dugaan, they been doing this for years! Fingers cross...

Info asal: manutd

by Novunus Takano · 0

Wednesday, March 21, 2012

Angry Bird di alam nyata yang sebenar

Taman tema di Changsa, China telah membuka satu sudut permainan baru berdasarkan permainan yang popular iaitu "Angry Bird". Sudut Angry Bird taman tema ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melancarkan patung burung Angry Bird dengan menggunakan lastik skala besar. Sasarannya adalah patung-patung babi yang dilindungi oleh binaan-binaan lego.







Cerita Taman tema ini sudah lama, bertarikh bulan September tahun 2011 lagi dan permainan ini nampak seperti menyeronokkan tidak se "Angry" Bird yang sebenarnya.

Gambar berikut N.T rasa adalah Angry Bird yang sebenar di alam nyata!!



Novunus: Ini baru betul-betul marah!

Info asal: 1designperday dan rustlersgamesafe

Wednesday, March 21, 2012 by Novunus Takano · 0

Nani kembali berlatih



Sir Alex memberitahu ManUtd.com bahawa Nani akan kembali berlatih pada minggu ini, manakala Phil Jones akan bermain pada hari isnin depan menentang Fulham. Pemain sayap dari Portugis itu hanya bertahan selama 15 minit dalam perlawanan menentang Atletic di Trafford. Tidak bermain ketika United menang ke atas West Brom dan Wolves kerana mengalami kecederaan ketika dalam latihan.

"Tiada masalah dengan kecederaan pemain" Sir Alex memberitahu ManUtd.com. "Pemain lebih baik ketika ini. Jones mengalami selsema dan sembuh sepenuhnya pada hari jumaat lalu tapi kami tidak mahu mengambil risiko. Dia akan bermain semula apabila menentang Fulham nanti.

"Mereka semua berlatih kecuali Nani, dia hampir sembuh dan akan mula berlatih minggu ini. Anderson dan Owen akan sembuh dalam masa terdekat. Manakala Nemanja Vidic dan Darren Fletcher tidak akan bermain sehingga akhir musim.


Novunus: walaupun Nani cedera, Valencia sudah kembali "alive and kicking!"

Info asal: manutd

by Novunus Takano · 0

United mendahului City hanya satu mata



Kelebihan 4 mata United di persada liga kini dikurangkan kepada satu mata pada malam rabu apabila City berjaya menghadapi perlawanan getir menentang Chelsea.

Anak-anak buah Roberto Mancini ketinggalan 0-1 pada minit ke-60 apabila pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill menjaringkan gol tetapi tuan rumah City mendapat sepakan penalti pada minit ke-78 yang disempurnakan oleh Sergio Aguero setelah Michael Essin memegang bola di dalam kotak penalti.

Bekas pemain United Carlos Tevez yang penuh dengan kontroversi kembali semula dengan bergaya ke dalam skuad City setelah umpanannya berjaya disempurnakan oleh Samir Nasri untuk memberikan kemenangan berharga kepada City pada minit ke-85


Kemenangan tipis 2-1 City ini merupakan kemenangan ke-20 City di tempat sendiri, merupakan satu rekod baru dalam liga inggeris. Kemenangan ini juga memberikan peluang kepada City untuk memintas United pada sabtu nanti di mana City yang mempunyai kelebihan satu permainan hanya perlu seri atau menang ketika menentang Stoke di Stadium Britania nanti.


Pada perlawanan lain, Stoke juga bermain pada malam Rabu dan senasib dengan Chelsea apabila tewas dengan gol pada saat akhir Cameron Jerome pada minit ke-75. Merupakan kemenangan yang tidak dijangka oleh anak-anak buah Tony Pulis.

Gol masa kecederaan Rafael Van der Vaart memberikan keputusan seri 1-1 buat Totenham Hotspur. Keputusan seri ini memberikan 1 mata kepada Spur setelah mengalami 3 kekalahan berturut-turut sebelum ini tetapi harapan untuk layak secara automatik ke Liga juara-juara hampir malap.

Spur jatuh ke tempat ke empat apabila Arsenal berjaya mengatasi Everton di Goodison Park. Hanya tandukan Thomas vermaelen pada mini ke-8 memisahkan kedua-dua kelab itu. Agak malang bagi Liverpool, tewas 3-2 kepada Qpr walaupun pada satu ketika Liverpool mendahului 2 gol. Keadaan berubah pada minit ke 72 apabila QPR menjaringkan 3 gol dalam masa 18 minit untuk menang.


Novunus: Nasib baik dapat penalti...

Info asal: manutd

by Novunus Takano · 0

Tuesday, March 20, 2012

Justin Bieber dibelasah teruk!





Jangan panik para belibers sekalian, Bieber tidak dibelasah sebaliknya hanyalah sesi fotografi untuk kulit depan majalah Complex edisi khas Knock-out sempena menyambut ulangtahun ke-10 majalah tersebut. Tony Kelly adalah jurufoto kepada sesi penggambaran berdarah Bieber ini.Edisi khas majalah complex ini menggabungkan isu-isu hangat yang lalu, hari ini dan akan datang, dijangka berada di pasaran pada 3 April 2012.






Novunus: I know guys, you wish.. you wish...

Info asal: complex

Tuesday, March 20, 2012 by Novunus Takano · 0

Trofi menuju ke Indonesia



Manchester United Juara liga Inggeris sebanyak 19 kali bekerjasama dengan salah satu rakan kongsi utamanya DHL Untuk membawa trofi liga yang dimenangi mereka ke Indonesia.
Lagenda United, Dwight Yorke dan Gordon Mcgueen akan terbang bersama ke Jakarta untuk mengiringi trofi liga tersebut dalam siri jelajah trofi liga inggeris yang dibawakan oleh DHL antara Rabu 28 dan Jumaat 30 Mac nanti.

Dengan lebih 27.5 juta peminat United di Indonesia, ini merupakan satu peluang keemasan bagi mereka untuk melibatkan diri secara langsung dengan kelab United. Mereka boleh mengambil gambar bersama dengan trofi liga dan pemain lagenda United serta ikut bersama di dalam beberapa program yang telah dirancang.

Sebagai rakan kongsi logistik yang rasmi, DHL memainkan peranan penting dalam mneyebarkan kejayaan United. Siri Jelajah Trofi Juara DHL meliputi 27 destinasi di seluruh dunia, termasuk sebahagian Amerika Latin, India, Turkey, Korea, Japan, Vietnam, Africa dan Norway. Trofi juara ini akan menjelajah sejauh 48 000 km untuk memberi peluang kepada penyokong United merayakan kejuaraan liga ke-19 United.

Pengarah komersial Manchester United Richard Arnold berkata: "Kejuaraan ke-19 merupakan satu saat yang istimewa kepada semua keluarga Manchester United dan Siri Jelajah Trofi Juara DHL ini adalah salah satu cara bagaimana pencapaian bersejarah ini dikongsi bersama dengan 333 juta United peminat United di seluruh dunia.Kesungguhan dan semangat penyokong United yang terkenal di seluruh dunia tiada jauh bezanya dengan penyokong dari Indonesia."

Naib presiden kepada DHL Ekspres di Asia Tenggara, Yasmin Aladad menambah: "Indonesia merupakan salah satu daripada 5 perhentian Manchester dalam Siri Jelajah United ke Asia Tenggara.

"Kami sangat teruja kerana berpeluang membawa trofi dan lagenda United bertemu dengan pelanggan,pekerja dan pencinta sukan bola sepak di Indonesia. Manchester United merupakan salah satu kelab antarabangsa yang terkenal di Indonesia. Ketibaan Siri Jelajah Trofi Juara DHL dan lagenda United, Dwight Yorke dan Gordon Mcqueen pasti mencetus gelombang di seluruh negara itu."


Novunus: Beruntungnya peminat United di Indonesia.

Info asal: manutd

by Novunus Takano · 0

Potret Jay Chow daripada kesan cawan kopi

Projek ini diinspirasikan oleh baris pertama lirik lagu Jay Chow yang bertajuk Secret. Lagu tersebut membawa pendengarnya balik ke 20 tahun yang lalu sama seperti potret sephia ini. Warna perang yang menggambarkan seolah-olah musim luruh telah tiba. Potret dihasilkan daripada kesan cawan kopi, satu medium memotret yang mencabar.

Potret ini dihasilkan oleh Hong Yi (aka Red). Merupakan graduan University of Melbourne, Australia dalam bidang seni bina. Kini merupakan seorang arkitek di Australian architecture firm HASSELL di Shanghai.









Novunus: Awesome, She's the Queen of stain.

Info asal: hongyi

by Novunus Takano · 0

Grafiti dinding yang hidup

Grafiti ekspresi muka yang seolah-olah menunjukkan dinding itu kelihatan hidup ini merupakan hasil karya Nikita Romerz.


Just smile
Nomerz / 2010 / Nizhniy Novgorod


Riverman
Nomerz / 2011 / Novosibirsk


The fire in the eyes
Nomerz / 2011 / Nizhniy Novgorod


Toothyman
Nomerz / 2011 / Ekaterinburg


The eyes of the City
Nomerz / 2012 / Nizhniy Novgorod


Watcher man
Nomerz / 2011 / Krasnoyarsk


Underground dweller
Nomerz / 2011 / Nizhniy Novgorod


The faces
Nomerz / 2011 / Perm


Open your eyes
Nomerz / 2011 / Irkutsk


The tower man
Nomerz / 2011 / Perm


The big brother
Nomerz / 2010 / Nizhniy Novgorod



Novunus: Toothyman, you really scared me!!

Info asal: nomerz

by Novunus Takano · 0

All Rights Reserved Blog Novunus | Blogger Template by Bloggermint