Showing posts with label KOMPUTER. Show all posts
Showing posts with label KOMPUTER. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Apa itu Epub?

Setelah tiga hari menghilang akhirnya menjelma.... :P Sebenarnya Novunus berkursus tiga hari semenjak isnin lalu dan berakhir kemarin tapi post kali bukan mengenai kursus yang Novunus hadiri.

Novunus ingin berkongsi mengenai format buku elektronik yang Novunus baru pelajari
iaitu Epub. Mungkin ada di antara anda telah lama mengenali dan mengetahui kewujudan Epub ini tapi mungkin ada juga yang masih "kebaruan" dengan format buku elektronik ini seperti Novunus.



Semua ini bermula apabila Novunus menemui buku terbaru Stephen King, bertajuk 11/22/63 dalam format Epub di internet. Sedikit mengenai buku ini,11/22/63 karya Stephen mengisahkan tentang seorang penjelajah masa (time traveler)yang ingin menghalang pembunuhan John F.Kennedy. Novunus memang minat dengan karya-karya Stephen King dan cerita-cerita yang berkisar mengenai menjelajah masa, paranormal dan sains fiksyen.

Pada permulaannya Novunus ingatkan Epub dicipta hanya untuk dibaca di dalam Android,Windows Phone 7,Apple iPad dan etc.. maklumlah sebelum ini Novunus hanya mengetahui dan membaca buku elektronik format PDF yang boleh dibaca di dalam pc menggunakan aplikasi Adobe reader.

Setelah menjalankan kajian dan siasatan dengan menggoogle di internet akhirnya Novunus menemui dua cara bagaimana membaca Epub di dalam pc window:

...antara koleksi Epub Novunus dalam library Epubreader

1:Epub boleh dibaca di dalam PC window dengan menggunakan add on Mozilla Firefox iaitu Epubreader, sebelum itu anda perlu menginstall aplikasi Mozilla Firefox yang boleh diperolehi secara percuma di internet

2:menggunakan aplikasi Calibre yang juga boleh diperolehi secara percuma dan aplikasi ini boleh menukarkan buku elektronik format PDF kepada format Epub.

... 11/22/63 by Stephen King format Epub

Kini Novunus giat mengumpul buku elektronik format Epub yang ditemui di internet, biasanya Novunus cari di epubbud. Antara kelebihan e-book format Epub berbanding dengan ebook format PDF yang Novunus nampak; saiz fail Epub lebih kecil berbanding Pdf dan lebih ringan serta mudah untuk dikendalikan.

Oleh itu sebagai akhir kata dari Novunus, amalkan membaca selalu kerana membaca itu amalan mulia... Macam di kk, Aramatiee..



Wednesday, April 25, 2012 by Alex · 2

Monday, March 19, 2012

Konsep komputer masa depan rekaan Jakub Zahor

Konsep komputer masa depan rekaan Jakub Zahor ini memerlukan pengguna untuk mencari permukaan kaca yang rata. Imej hologram akan terpancar pada permukaan tersebut dan perlu di sentuh untuk mengendalikan operasinya. Saiznya yang kecil memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja untuk menonton wayang atau mempersembahkan projek.









Novunus: Macam cerita sains fiskyen, canggih!

Info asal: fgadgets

Monday, March 19, 2012 by Alex · 0

Friday, March 16, 2012

Evolusi Layar Biru "Blue Screen Of Death" Window

Blue Screen Of Death atau BSOD adalah layar berwarna biru yang ditampilkan Microsoft Windows ketika perisian window mengalami kesalahan sistem atau stop error. BSOD bagi Window NT, 2000, XP dan Vista biasanya lebih serius daripada Window sebelumnya.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan munculnya BSOD ini. Di antaranya peralatan driver yang kurang baik, kesalahan memori (RAM), Registry yang bermasalah dan penggunaan file DLL yang salah.


WINDOW 1.0




WINDOW NT




WINDOW 9X




WINDOW 8




Novunus: Susah mau repair kalau sikit-sikit Blue Screen, bagus ganti baru.

Info asal: BSOD Window 8

Friday, March 16, 2012 by Alex · 0

All Rights Reserved Blog Novunus | Blogger Template by Bloggermint