Thursday, April 19, 2012
Adakah leher anda berasa sakit apabila terlalu lama membongkok menatap skrin telefon anda? Adakah ibu jari anda berasa sakit selepas menghantar email yang banyak menggunakan telefon pintar anda? Semua keadaan berikut merupakan sebahagian daripada kesan teknologi gadget kepada anggota fizikal badan anda.
Berikut merupakan empat masalah fizikal badan manusia yang berkait rapat dengan penggunaan gadget yang berlebihan atau digunakan dalam posisi kedudukan badan yang tidak betul.
"Text Neck"
Text Neck berpunca daripada penggunaan Smartphone atau Tablets yang berlebihan. Sindrom ini banyak terjadi di kalangan generasi muda kerana ada di antara mereka ini menghabis masa berjam-jam duduk membongkok menatap skrin telefon berbalas teks sms dengan rakan-rakan mereka.
Bayangkan kepala anda adalah sebiji bola boling yang berada di atas sebuah spring. Menolak bola boling itu ke hadapan dalam jangka masa hadapan akan membengkokkan spring yang berada di bawahnya. Jika diaplikasikan kepada manusia, kedudukan postur ini akan memberi kesan yang buruk kerana ia memberikan tekanan pada otot dan ligamen leher manusia.
Bagaimana mengelakkannya?
Jangan duduk terlalu membongkok. Cuba lenturkan leher anda dengan meletakkan kepala anda di bahagian bahu atau pegang gadget anda tinggi sedikit atau sedikit mendongak ketika menggunakannya.
"Computer Vision Syndrome"
Terdedah kepada cahaya yang terang dalam jangka masa yang lama dan saiz tulisan yang kecil menyumbang kepada keletihan mata serta mengakibatkan masalah rabun dekat.
Bagaimana mengelakkannya?
Untuk kesegaran mata amalkan kaedah 20/20/20 iaitu setiap 20 minit anda alihkan mata anda daripada skrin gadget ke arah lain dalam jarak pandangan 20 kaki selama 20 saat. Latihan ini dapat mengelakkan keletihan mata akibat sindrom tersebut.
"BlackBerry thumb"
Berpunca daripada aktiviti berbalas teks sms yang banyak. BlackBerry thumb boleh menyebabkan koyakan kecil pada tisu penyambung di bahagian tendon ibu jari, oleh itu tendon ibu jari akan berasa sakit atau mengalami keradangan.
Bagaimana mengelakkannya?
Rehatkan jari-jari anda. Menurut pakar, individu yang pantas berbalas teks lebih terdedah kepada sindrom ini kerana mereka kerap mengulangi gerakan yang sama.
"IPad Elbow"
IPad Elbow boleh menyebabkan kecederaan kepada tendon di pergelangan tangan sehingga ke siku bergantung kepada bagaimana anda memegang tablet anda. Kebanyakan pengguna Ipad akan berlingkar di atas sofa untuk mendapatkan kedudukan yang selesa tanpa memberi perhatian kepada posisi badan yang betul.
Bagaimana mengelakkannya?
Gunakan pemegang Ipad, cara terbaik sekali berehat untuk mengurangkan kesakitan.
Novunus: kalau sudah berjam-jam berbalas teks sms kalau tinggal dekat-dekat baik berjumpa sajalah
Info asal: entrepreneur
Thursday, April 19, 2012 by Alex · 5
Friday, March 16, 2012
Kebolehan menyimpan sehingga 255 widget dan berinteraksi dengan Andriod 2.1 serta Telefon Pintar Sony melalui Bluetooth.Digandingkan dengan Arc S dan Xperia S untuk melayari internet,update facebook anda melalui Jam Pintar ini sahaja.
Novunus: Sony semakin hari semakin canggih.
Info asal: Sony smart watch aka Sony Ericsson
Friday, March 16, 2012 by Alex · 0
Wednesday, March 14, 2012



Merupakan sebuah kotak elektronik di mana telefon ditempatkan dan berfungsi dengan mengesan isyarat frekuensi radio yang dipancarkan oleh label tag. Label tag ini dilekatkan pada benda yang anda tidak ingin hilang seperti kunci kereta, dompet, anak-anak, suami- anda namakan sahaja. Telefon akan memaparkan lokasi benda tersebut atau penggera akan berbunyi jika benda tersebut hilang atau jauh dari lingkungan pantauan.
Kotak elektronik "Mothership" U Grok It ini dinamakan sebagai Grokker. Telefon yang ditempatkan di dalam "Mothership" ini dihubungkan melalui salur audio (headphone jack).
Label tag mempunyai antenna yang ringkas, berkomunikasi dengan Grokker melalui isyarat radio. Setiap Tag mengandungi chip mikro yang akan menterjemahkan isyarat radio yang diterima. Aplikasi pada telefon akan mengidentifikasi benda yang dikesan. Isyarat visual dan bunyi akan dipaparkan pada telefon dan sekaligus membantu pengesanan benda yang dicari.
Novunus: Kalau ada di Malaysia ni, memang akan laris di kalangan isteri yang selalu kehilangan suami di waktu malam. Jangan pula suami beri alasan kehilangan memori dalam perjalanan balik ke rumah.
Info asal: http://www.gizmag.com/u-grok-it-finding-system/21816/
Wednesday, March 14, 2012 by Alex · 0
Tuesday, March 13, 2012



Dicipta oleh Fiskars merupakan sebuah Syarikat merekacipta peralatan tangan yang mesra alam dan moden. Ditubuhkan pada tahun 1649 dan merupakan syarikat yang tertua di Findland.
Gunting ini diberi nama "The Shopboss Hardware Snip". Bilah matanya disaluti Titanium dan 3 kali ganda lebih keras daripada besi (stainless steel)
Gunting "Badass" ini dilengkapi dengan fungsi memotong dan meratah kulit wayar dawai. Dilengkapi juga dengan pembuka botol minuman. Sesuai untuk memotong aluminium dan besi-besi nipis seperi bumbung zink.
Novunus: Sesuai juga digunakan untuk menggunting jari-jari peragut yang berleluasa ketika ini.
INFO ASAL : www.wired.com/gadgetlab/2012/03/badass-scissors/
Tuesday, March 13, 2012 by Alex · 0