Blog Novunus

Wednesday, March 14, 2012

Cari benda yang hilang guna telefon





Merupakan sebuah kotak elektronik di mana telefon ditempatkan dan berfungsi dengan mengesan isyarat frekuensi radio yang dipancarkan oleh label tag. Label tag ini dilekatkan pada benda yang anda tidak ingin hilang seperti kunci kereta, dompet, anak-anak, suami- anda namakan sahaja. Telefon akan memaparkan lokasi benda tersebut atau penggera akan berbunyi jika benda tersebut hilang atau jauh dari lingkungan pantauan.

Kotak elektronik "Mothership" U Grok It ini dinamakan sebagai Grokker. Telefon yang ditempatkan di dalam "Mothership" ini dihubungkan melalui salur audio (headphone jack).

Label tag mempunyai antenna yang ringkas, berkomunikasi dengan Grokker melalui isyarat radio. Setiap Tag mengandungi chip mikro yang akan menterjemahkan isyarat radio yang diterima. Aplikasi pada telefon akan mengidentifikasi benda yang dikesan. Isyarat visual dan bunyi akan dipaparkan pada telefon dan sekaligus membantu pengesanan benda yang dicari.

Novunus: Kalau ada di Malaysia ni, memang akan laris di kalangan isteri yang selalu kehilangan suami di waktu malam. Jangan pula suami beri alasan kehilangan memori dalam perjalanan balik ke rumah.

Info asal: http://www.gizmag.com/u-grok-it-finding-system/21816/

0 Responses to “Cari benda yang hilang guna telefon”

Post a Comment

All Rights Reserved Blog Novunus | Blogger Template by Bloggermint