Blog Novunus

Tuesday, March 20, 2012

Trofi menuju ke Indonesia



Manchester United Juara liga Inggeris sebanyak 19 kali bekerjasama dengan salah satu rakan kongsi utamanya DHL Untuk membawa trofi liga yang dimenangi mereka ke Indonesia.
Lagenda United, Dwight Yorke dan Gordon Mcgueen akan terbang bersama ke Jakarta untuk mengiringi trofi liga tersebut dalam siri jelajah trofi liga inggeris yang dibawakan oleh DHL antara Rabu 28 dan Jumaat 30 Mac nanti.

Dengan lebih 27.5 juta peminat United di Indonesia, ini merupakan satu peluang keemasan bagi mereka untuk melibatkan diri secara langsung dengan kelab United. Mereka boleh mengambil gambar bersama dengan trofi liga dan pemain lagenda United serta ikut bersama di dalam beberapa program yang telah dirancang.

Sebagai rakan kongsi logistik yang rasmi, DHL memainkan peranan penting dalam mneyebarkan kejayaan United. Siri Jelajah Trofi Juara DHL meliputi 27 destinasi di seluruh dunia, termasuk sebahagian Amerika Latin, India, Turkey, Korea, Japan, Vietnam, Africa dan Norway. Trofi juara ini akan menjelajah sejauh 48 000 km untuk memberi peluang kepada penyokong United merayakan kejuaraan liga ke-19 United.

Pengarah komersial Manchester United Richard Arnold berkata: "Kejuaraan ke-19 merupakan satu saat yang istimewa kepada semua keluarga Manchester United dan Siri Jelajah Trofi Juara DHL ini adalah salah satu cara bagaimana pencapaian bersejarah ini dikongsi bersama dengan 333 juta United peminat United di seluruh dunia.Kesungguhan dan semangat penyokong United yang terkenal di seluruh dunia tiada jauh bezanya dengan penyokong dari Indonesia."

Naib presiden kepada DHL Ekspres di Asia Tenggara, Yasmin Aladad menambah: "Indonesia merupakan salah satu daripada 5 perhentian Manchester dalam Siri Jelajah United ke Asia Tenggara.

"Kami sangat teruja kerana berpeluang membawa trofi dan lagenda United bertemu dengan pelanggan,pekerja dan pencinta sukan bola sepak di Indonesia. Manchester United merupakan salah satu kelab antarabangsa yang terkenal di Indonesia. Ketibaan Siri Jelajah Trofi Juara DHL dan lagenda United, Dwight Yorke dan Gordon Mcqueen pasti mencetus gelombang di seluruh negara itu."


Novunus: Beruntungnya peminat United di Indonesia.

Info asal: manutd

0 Responses to “Trofi menuju ke Indonesia”

Post a Comment

All Rights Reserved Blog Novunus | Blogger Template by Bloggermint