Blog Novunus

Wednesday, March 28, 2012

Pembedahan pemindahan muka catat sejarah

Richard Lee Norris berumur 37 tahun berasal dari Virginia, Amerika Syarikat. Satu tragedi yang tidak diduga telah menimpa dirinya pada tahun 1997. Dia secara tidak sengaja tertembak mukanya sendiri dan menyebabkan dia kehilangan hidung, lidah dan hampir kesemua bahagian mulutnya. Selepas tragedi itu, dia telah menjalani beberapa sesi pembedahan untuk menstruktur semula mukanya tapi tidak memberikan sebarang hasil yang memuaskan kepadanya. Selama 15 tahun Norris mengasingkan dirinya daripada masyarakat, memakai topeng dan hanya keluar pada waktu malam. Orang ramai sentiasa merenung topengnya dan meminta dia menunjukkan kecacatan yang disembunyikannya.

Kehidupannya berubah apabila seramai 100 doktor, saintis dan kakitangan medik University of Maryland Medical Center bekerjasama menempuh pembedahan selama 36 jam untuk memindahkan muka yang baru kepada Norris. Pembedahan tersebut merupakan kajian selama 10 tahun yang dibiayai oleh Department of Defense's Office of Naval Research dan akan menjadi satu model untuk membantu pesara perang yang mengalami kecacatan akibat perang.



Norris menerima muka barunya daripada penderma organ yang tidak dikenali, yang mana organ-organ lain penderma tersebut berjaya menyelamatkan 5 lagi pesakit lain dalam hari yang sama. Dia diberi lidah yang baru untuk kelancaran percakapan, makan dan mengunyah, gigi yang rapat tersusun dan bersambung dengan sistem saraf untuk mebolehkannya senyum.


Dr Eduardo Rodriguez, Profesor dalam bidang pembedahan di University of Maryland School of Medicine dan merupakan ketua pakar pembedahan pemindahan muka Norris berkata Norris kini mampu merasa sentuhan di mukanya, memberus gigi dan bercukur. Deria baunya juga telah kembali. Proses penyembuhannya berjalan lebih pantas daripada jangkaan para doktor. Enam hari selepas pembedahan dia boleh menggerakkan lidah dan kelopak matanya.

"Apabila Norris membuka matanya pada hari ketiga, dia teringin untuk melihat cermin. Dia menurunkan cermin dan memeluk saya" kata Dr Rodriguez.

"sebelum ini mereka selalu merenung kerana kecacatannya dan kini ada sebab baru kenapa mereka merenung mukanya."

Novunus: Memang malang tragedi yang menimpa Norris, kita belajarlah bersyukur apa yang ada.

Info asal: dailymail

0 Responses to “Pembedahan pemindahan muka catat sejarah”

Post a Comment

All Rights Reserved Blog Novunus | Blogger Template by Bloggermint