Monday, March 19, 2012

Konsep kasut terbuka sepenuhnya

Konsep kasut terbuka ini direka untuk menyelesaikan masalah semasa kita menyarungkan kasut ke kaki. Menurut pereka industri ini, memakai kasut melibatkan pergerakan seluruh badan kita seperti tunduk, mencangkung dan menggunakan tangan. Berbeza dengan sesetengah orang, mereka memerlukan bantuan orang lain untuk memakai kasut dan ketika inilah Konsep kasut terbuka ini dapat membantu.

Pereka : Han Like, Ren Mingjun, Liao Zhaolong, Liu Peng ,Lin Lin, Chen Xun, Meng Qingbao, Zhao Xiaoliang, Hou Wenpei, Liu Jin, Bao Linlin, Zhang Qisheng, and Shi Lei







Novunus: produk ini dapat membanteras masalah kaki berbau.

Info asal: tuvie

Monday, March 19, 2012 by Alex · 0

Konsep komputer masa depan rekaan Jakub Zahor

Konsep komputer masa depan rekaan Jakub Zahor ini memerlukan pengguna untuk mencari permukaan kaca yang rata. Imej hologram akan terpancar pada permukaan tersebut dan perlu di sentuh untuk mengendalikan operasinya. Saiznya yang kecil memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja untuk menonton wayang atau mempersembahkan projek.









Novunus: Macam cerita sains fiskyen, canggih!

Info asal: fgadgets

by Alex · 0

Tahun 2000 seperti yang digambarkan pada tahun 1910

Pada tahun 1910, seorang pelukis dari Perancis bernama Villemard telah menghasilkan beberapa siri lukisan yang digambarkannya sebagai dunia pada tahun 2000, "he pretty much nailed it".










Novunus: Orang dulu-dulu ni memang suka meramal masa depan dan ada yang menakutkan sebab ramalan-ramalan mereka ni ada yang tepat. Will the world end in 2012?

Info asal: iheartchaos

by Alex · 0

Sunday, March 18, 2012

United membelasah Wolves 0 - 5



Lima gol dalam tempoh sejam memastikan United mengungguli takhta Liga Inggeris dengan kelebihan empat mata apabila menewaskan Wolves yang bermain 10 orang di Molineux. Antonio Valencia bermain dengan cemerlang, baru sahaja kembali daripada kecederaan dan menjaringkan gol kedua United selepas Jonny Evans menjaringkan gol pembukaan.

Ronald Zubar dibuang padang, enam minit sebelum tamat separuh masa pertama. Danny Welbeck menjaringkan gol ketiga sebelum tamat separuh masa pertama dan dua gol daripada Javier Hernandez pada separuh masa kedua menyumbang kepada penamat yang menakjubkan bagi United, membelasah Wolves 5-0.

Sebelum perlawanan bermula, para penyokong kedua-dua kelab memberikan tepukan sokongan kepada Fabrice Muamba yang sedang kritikal di hospital ketika ini. Beliau tiba-tiba pengsan dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika perlawanan piala FA berlangsung, Bolton menentang Totenham pada sabtu yang lalu.

United memerlukan sembilan minit untuk menembusi pertahanan Wolves tetapi hantaran silang Rafael ke kotak penalti Wolves tidak menemui sesiapa setelah dilorongkan oleh Valencia di bahagian sayap kanan. Kedua-dua pemain ini berganding dengan baik dan merupakan di antara perubahan yang dibuat oleh Ferguson ke atas kesebelasan utama yang menentang West Brom minggu lalu.

Wolves mengatur beberapa serangan balas melalui percubaan Kevin Doyle yang ditangkap mudah oleh De Gea dan tandukan Steven Fletcher yang berada dalam keadaan offside tersasar. Tiga minit kemudian United melancarkan serangan dan menghasilkan sepakan sudut yang pertama setelah percubaan Michael Carrick terkena pemain Wolves Richard Stearman.

Wayne Rooney mengambil sepakan sudut tersebut dan berjaya menemui Carrick yang bertindak bijak menghantar semula ke dalam kotak penalti dan berjaya disepak masuk oleh Evans untuk gol pertama United serta gol pertama untuknya pada penampilan ke-119 bersama United. Keadaan bertambah buruk bagi anak-anak buah Terry Connor apabila dua terjahan keras Zubar ke atas Rooney dan Welbeck dalam tempoh 11 minit menyumbang kepada kad merah pertama perlawanan.

United menggunakan kelebihan menentang Wolves yang bermain 10 orang dan memperolehi sepakan sudut yang kedua. Tandukan Wellbeck menemui Hernandez yang menghantar bola kepada Rooney. Rooney kemudian melorongkan bola kepada Valencia yang menggerakkan jentera serangan di sebelah kanan. Pemain Ecuador ini tidak dikawal dan membuat gerakan solo menggunakan kelebihan pergerakan pantasnya melepasi beberapa pertahanan
Wolves dan menjaringkan gol kedua United.

Evans memberikan persembahan yang meyakinkan melakukan hantaran jauh merentas tengah padang menuju Valencia yang berada di sayap kanan. Valencia membuat hantaran silang ke dalam kotak penalti di mana welbeck menanti dan menyepak masuk bola melepasi Hennessey yang tersilap langkah untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Lebih kemusnahan dibawa oleh United pada separuh masa kedua dan Hennessey bertindak cemerlang menepis keluar bola hasil percubaan menarik Rooney. Walau bagaimanapun penjaga gol Wales tersebut hanya berdiri kaku apabila hantaran silang dari Rafael yang naik ke atas membantu jentera serangan United berjaya ditanduk masuk dengan mudah oleh Hernandez.

Selang beberapa minit kemudian Hernandez menjaringkan gol kedua untuk dirinya dan ke lima bagi United hasil daripada kombinasi menarik pergerakan di antara Valencia dan Welbeck. Wolves cuba bangkit dengan percubaan Michael Kightly dan Fletcher tetapi tidak berjaya menewaskan De Gea. Fabio hampir menambah gol United apabila masuk sebagai pemain gantian tetapi percubaannya melepasi palang dan kaki kanan Hennessey menyelamatkan percubaan Welbeck hasil daripada gerakan yang dimulakan oleh Rooney.

Paul Pogba masuk menggantikan Michael Carrick dan percubaannya melepasi palang. Hernandez mempunyai peluang untuk menjaringkan hatrik pada minit-minit terakhir permainan tetapi tandukannya terus ke dakapan Hennessey. Kini tumpuan diberikan kepada pertentangan sengit di antara City dan Chelsea.

Novunus: Terhibur menyaksikan live game ini tapi lagi terhibur jika City tewas kepada Chelsea.

Info asal: manutd

Sunday, March 18, 2012 by Alex · 0

Seni mengukir buku Brian Dettmer yang mengagumkan.

Brian Dettmer terkenal dengan seni ukiran inovatif pada buku dan media kuno dalam apa jua bentuk. Berasal dari Chicago, Amerika dan kini menetap di Atlanta, GA.

Hasil seni Dettmer telah memasuki pameran antarabangsa di beberapa galeri, muzium seni termasuk Museum of Arts and Design (NY), Museum of Contemporary Art (GA), the International Museum of Surgical Science (IL), Museum Rijswijh (Netherlands), Wellcome Collection (England) the Bellevue Arts Museum (WA), The Kohler Arts Center (WI), and the Illinois State Museums (IL)

Hasil seninya juga boleh ditemui melalui koleksi awam dan peribadi di U.S, Latin America, Europe, Australia dan Asia.












Novunus: Hanya mampu mengagumi dan sedih kerana hanya tahu melukis orang lidi

Info asal: briandettmer

by Alex · 0

Saturday, March 17, 2012

Potret Steve Jobs dihasilkan daripada foto dan ikon produk Apple




Muat turun gambar dalam 7 saiz (tertakluk kepada syarat hak cipta )

Square (75 x 75), Thumbnail (100 x 100), Small (240 x 240), Medium 500 (500 x 500), Medium 640 (640 x 640), Large (1024 x 1024), Original (6656 x 6656)

Steve Jobs Potret.rar

Novunus : Muat turun selagi stok masih ada. Bolehlah buat desktop wallpaper sekadar seni walaupun tiada Iphone :(

Info asal: twentytwowords

Saturday, March 17, 2012 by Alex · 2

Rooney fokus kemenangan ke atas Wolves



Wayne Rooney memburu kemenangan kedua berturut-turut apabila bertemu dengan Wolves pada malam ini. Pada hari ahad minggu lalu, penyerang ini meledakkan dua gol ketika United mengalahkan West Brom di laman sendiri. Kini memburu tiga mata berharga lagi buat United pada pertembungan malam ini.

"Ini merupakan perlawanan penting bagi kami kerana City tidak bermain sehingga hari rabu minggu depan," Rooney memberitahu ManUtd.com. "Kami mempunyai peluang mendahului empat mata di persada liga. Oleh itu kami memerlukan kemenangan ke atas Wolves.

Rooney menjaringkan satu-satunya gol United ketika kekalahan United kepada Athletic Bilbao pada Khamis lalu. Penyingkiran United dari Liga Eropah memberi ruang kepada United untuk memberikan tumpuan penuh memburu kejuaraan Liga Inggeris yang ke-20 bagi mereka tetapi Rooney mengakui ia bukanlah tugas yang mudah ketika bertemu dengan Wolves di gelanggang lawan.

"Kami menghadapi perlawanan yang sukar dengan Wolves semenjak beberapa musim yang lalu. Wolves akan memberikan tentangan yang sengit tetapi kini mereka mengalami keadaan yang sukar apabila jurulatih Mick McCarthy meninggalkan mereka."

"Saya pasti ia adalah sukar bagi jurulatih baru Wolves untuk mengembalikan semula keyakinan pemain-pemain mereka tetapi daripada pandangan kami Wolves merupakan lawan yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

Pertemuan terakhir di Molineux merupakan salah satu daripada 14 perlawanan yang gagal dimenangi oleh United pada musim 2010/11 di mana Wolves bangkit menewaskan United 2-1.

"Kami masih dihantui dengan kekalahan di tangan Wolves pada musim lalu," jelas Rooney. "tetapi rekod kemenangan di tempat lawan United lebih baik pada musim ini dan jika ia berterusan peluang United untuk menjuarai liga adalah tinggi."

Novunus: Saksikan secara live di Stadium Astro, channel 812 jam 9.55 malam.

Info Asal: manutd

by Alex · 0

Friday, March 16, 2012

Evolusi Layar Biru "Blue Screen Of Death" Window

Blue Screen Of Death atau BSOD adalah layar berwarna biru yang ditampilkan Microsoft Windows ketika perisian window mengalami kesalahan sistem atau stop error. BSOD bagi Window NT, 2000, XP dan Vista biasanya lebih serius daripada Window sebelumnya.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan munculnya BSOD ini. Di antaranya peralatan driver yang kurang baik, kesalahan memori (RAM), Registry yang bermasalah dan penggunaan file DLL yang salah.


WINDOW 1.0




WINDOW NT




WINDOW 9X




WINDOW 8




Novunus: Susah mau repair kalau sikit-sikit Blue Screen, bagus ganti baru.

Info asal: BSOD Window 8

Friday, March 16, 2012 by Alex · 0

Jam Pintar Sony Ericson

Kebolehan menyimpan sehingga 255 widget dan berinteraksi dengan Andriod 2.1 serta Telefon Pintar Sony melalui Bluetooth.Digandingkan dengan Arc S dan Xperia S untuk melayari internet,update facebook anda melalui Jam Pintar ini sahaja.










Novunus: Sony semakin hari semakin canggih.

Info asal: Sony smart watch aka Sony Ericsson

by Alex · 0

Air terjun Taman Tasik Plitvice, Crotia

Taman Tasik Plitvice terletak di Lika, Crotia. Taman ini dikelilingi oleh gunung Plješevica, Mala Kapela dan Medveđak merupakan gunung-gunung yang membentuk Banjaran Dinaric. Air terjun Veliki adalah air terjun yang tertinggi di sini, dengan ketinggian berukuran 70 meter (230 kaki). Tasik Plitvice indah dengan pelbagai flora dan fauna yang menarik serta berwarna-warni. Pengunjung boleh sekadar berjalan-jalan, mendaki atau menerokai tasik dengan menaiki bot. Taman ini mempunyai 3 hotel dan tapak berkhemah.











Novunus: masih mengira air terjun yang ada di tasik ini....

Info Asal: Plitvice Lakes National Park

by Alex · 0

All Rights Reserved Blog Novunus | Blogger Template by Bloggermint