Blog Novunus

Wednesday, April 18, 2012

Bryan Oviedo dalam buruan United


Manchester United sedang mempertimbangkan pembelian pemain bek kiri FC Copenhagen, Bryan Oviedo bernilai dua juta pound. United menghantar pemerhati untuk memantau permainan pemain kebangsaan Costa Rica ini.

Oviedo yang bermain ketika perlawanan Memorial Gary Speed Februari lalu, telah membuat penampilan sebanyak 13 kali untuk FC Copenhagen pada musim ini dan menghampiri penghujung kontrak pada musim hadapan kini bernilai dalam sekitar dua juta pound.

United sedang mencari pemain bek kiri pilihan kedua kerana Fabio dijangkakan akan dipinjamkan ke Benfica pada musim hadapan. Benfica juga menunjukkan minat mereka dengan pemain tengah United, Anderson di mana persaingan untuk pemain tengah United semakin sengit kerana United kini dalam proses mencari dua lagi pemain baru di bahagian tengah.

Menurut akhbar lain di England: "Sir Alex Ferguson mahu Fabio da Silva dipinjam kepada kelab di dalam Liga Inggeris sahaja" dan ada beberapa laporan lain yang mengatakan Fabio akan ke Benfica pada musim hadapan

Novunus: akan berpisah juga akhirnya, Rafael tampak lebih menyerlah berbanding dengan kembarnya Fabio

Info asal: manutd

2 Responses to “Bryan Oviedo dalam buruan United”

Old-Trafford said...
April 18, 2012 at 9:35 PM

Ok gak ni.. boleh jadi penggati Evra kalau injure
ka apa ka.. x pun boleh buat jual kalau harga dia dah meninggkat.like C.Ronaldo.. hahaha..


Novunus Takano said...
April 18, 2012 at 9:57 PM

memang beli sebagai backup Evra, susah nak ganti Evra ni, prestasi dia konsisten, kapten lagi tu..


Post a Comment

All Rights Reserved Blog Novunus | Blogger Template by Bloggermint