Blog Novunus

Tuesday, April 10, 2012

Rahsia Penjaga Parking berumur 102 tahun


Joe Binder berumur 102 tahun mempunyai seorang teman wanita berumur 48 tahun untuk menemaninya menari dan bermain boling bersama dengan dua orang adik perempuannya berumur 98 tahun dan 93 tahun. Dia bekerja sebagai pelayan menjaga parking di Restoran Mario, Arthur Avenue di Bronx sejak 25 tahun yang lalu.

Binder baru sahaja memperbaharui lesen memandunya dan ingin terus bekerja sehingga umurnya mencecah 110 tahun. Bila ditanya apakah rahsia umur panjang yang diamalkan oleh Joe Binder? Binder berkata dia hanya mengamalkan sikap baik hati dengan semua orang di sepanjang hidupnya


Binder tidak pernah mengambil tip daripada pelanggannya. Jika dia menerimanya pun dia akan dermakan kesemuanya kepada orang-orang gelandangan. Beberapa tahun yang lalu Binder menerima satu kejutan apabila seorang wanita yang pernah dibantunya telah menghantar kad harijadi kepadanya berserta dengan wang $400 !


"Apabila mereka melukai hati saya, saya tidak akan menyimpan dendam malah saya akan buka muka surat yang baru dan memaafkan mereka" demikian rahsia Joe Binder, si penjaga parking berumur 102 tahun.

Novunus: senyumlah dan terus bersabar, moga-moga umur panjang.

Info asal: cityroom

1 Responses to “Rahsia Penjaga Parking berumur 102 tahun”

Denaihati said...
April 13, 2012 at 12:44 AM

Buat kerja dengan ikhlas tanpa ambik bayaran dan sentiasa memaafkan orang, juga nampak gembira dengan kerjanya.


Post a Comment

All Rights Reserved Blog Novunus | Blogger Template by Bloggermint