Blog Novunus

Thursday, March 15, 2012

Athletic Club 2 United 1



Cabaran Liga Eropah untuk united berakhir setelah mereka gagal menyaingi Athletic yang menang di Bilbao 2-1 dengan agregat kemenangan 5-3

Setelah tewas 3-2 di Old Trafford pada minggu lalu, tugas The Reds pada perlawanan timbal balik dilihat amat sukar. Tugas yang dipikul semakin berat apabila Fernando Llorente menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-23

Bilbao yang menduduki tangga ke tujuh dalam La Liga menampilkan persembahan bertaraf dunia, menggandakan kedudukan melalui percubaan Oscar de Marcos yang menewaskan David De Gea pada minit ke-66.

Percubaan menarik Wayne Rooney dari luar kotak penalti memberikan sedikit sinar harapan ketika masa permainan berbaki 10 minit tetapi pada hakikatnya sudah terlewat bagi The Reds untuk bangkit. Pemain-pemain United terpaksa akur dengan Bilbao yang sarat dengan pemain-pemain berbakat.

Pengurus United melakukan tiga pertukaran pada skuad yang tewas pada pusingan pertama di Old Trafford. Rio Ferdinand menggantikan Chris Smalling, Michael Carrick dan Tom Cleverley mengemudi bahagian tengah. Manakala Ryan Giggs bergandingan dengan Wayne Rooney di bahagian serangan. Ashley Young dan Ji-Sung park masing-masing di bahagian sayap.

Marcelo Bielsa melakukan dua pertukaran pada barisan yang menewaskan United di Old Trafford minggu lalu;Fernando Amorebieta yang digantung permainan pada pusingan pertama kembali ke bahagian pertahanan menggantikan Mikel San Jose.

United memerlukan serangan awal mencari dua gol untuk mengatasi Bilbao tetapi sebaliknya yang berlaku. Bilbao dengan sokongan padu dari penyokong di laman sendiri melancarkan serangan awal dengan sepakan percuma yang menerjah sisi jaring pada minit ke-3 dan percubaan yang terkena pemain United dan terus ke dakapan De Gea. Kedua-duanya melalui pemain cemerlang Bilbao Markel Susaeta.

United melancarkan serangan balas pada minit ke-9. kombinasi Rooney dan Cleverly membuka peluang kepada Young untuk meledakkan satu rembatan yang ditampan dengan berani oleh Javi Martinez.

The Reds menghembus nafas lega apabila Llorente berjaya menyambung hantaran daripada pemain lincah Iker Muniain tetapi sepakan rendahnya terkena tiang dan peluang mudah jatuh ke kaki De Marcos tetapi sepakannya melepasi palang gol.

Selepas Percubaan De Marcos diselamatkan oleh De Gea, satu hantaran cantik dari tengah padang oleh Amorebieta berjaya disudahkan oleh Llorente di dalam kotak penalti. Sepakan lambungnya menuju ke sudut kanan gol dan menerjah jaring pada minit-23. Kini United memerlukan 3 gol untuk layak ke pusingan seterusnya.

United belum berputus asa. Disebalik serangan bertubi-tubi Bilbao, 5 minit kemudian tandukan jarak dekat Giggs hasil hantaran Young di dalam kotak penalti Bilbao terkena pemain Bilbao dan melepasi palang gol.

United meneruskan asakan memburu gol penyamaan tetapi sukar menembusi pertahanan kental Athletic. Lima minit sebelum separuh pertama berakhir, Llorente digantikan dengan Gaizka Toquero.

Athletic menambahkan asakan pada permulaan separuh masa kedua dengan percubaan deras De Marcos melepasi palang. Pergerakan solo pertahanan kanan Bilbao Andoni Iraola hampir menambah gol kedua apabila berjaya melepasi beberapa pertahanan United tetapi sepakan kaki kirinya melepasi tiang kiri De Gea.

Andoni Iraola kemudian bertukar menjadi penyumbang peluang kepada serangan Bilbao seterusnya.Bergerak di bahagian sayap kanan dan berjaya membuat hantaran kepada Toquero yang tidak dikawal tetapi pemain gantian tersebut mensia-siakan peluang yang terhidang.

The Reds berhempas pulas mencipta peluang gol. Sir Alex mengeluarkan Rio ferdinand dan Michael Carrick. Chris Smalling dan Paul Pogba masuk menggantikan mereka.

Beberapa minit setelah pemain gantian dimasukkkan, United semakin ketinggalan apabila Athletic mengesahkan tempat di pusingan suku akhir Liga Eropah dengan gol pada minit-66. Iraola sekali lagi memulakan gerakan di bahagian sayap kanan,hantaran silangnya berjaya dikeluarkan oleh Chris smalling tetapi jatuh ke kaki De Marcos yang membuat kawalan bola yang baik dan melepaskan satu rembatan yang mengelirukan De Gea apabila sepakannya terkena tampanan Jonny Evans dan kemudiannya menerjah jaring gol United sekali lagi menggamatkan stadium Estadio San Mames

Percubaan menarik Wayne Rooney pada minit ke-80, sepakan lencong dari jarak 25 kaki hanya menghadiahkan gol sagu hati kepada United. Kini Sir Alex memastikan kekalahan kepada Bilbao tidak memberi kesan kepada mental pemainnya dan tumpuan sepenuhnya beralih kepada pemburuan kejuaraan Liga Inggeris yang ke-20.

Novunus: It's okay, Next year Champions league ada lagi. ooppss.. no Bilbao in it..Glory! Glory! Man United..

Info asal: http://www.manutd.com/en/Fixtures-And-Results/Match-Reports/2012/Mar/athletic-club-v-manchester-united-match-report.aspx?pageNo=4#

0 Responses to “Athletic Club 2 United 1”

Post a Comment

All Rights Reserved Blog Novunus | Blogger Template by Bloggermint