Blog Novunus

Sunday, March 18, 2012

United membelasah Wolves 0 - 5



Lima gol dalam tempoh sejam memastikan United mengungguli takhta Liga Inggeris dengan kelebihan empat mata apabila menewaskan Wolves yang bermain 10 orang di Molineux. Antonio Valencia bermain dengan cemerlang, baru sahaja kembali daripada kecederaan dan menjaringkan gol kedua United selepas Jonny Evans menjaringkan gol pembukaan.

Ronald Zubar dibuang padang, enam minit sebelum tamat separuh masa pertama. Danny Welbeck menjaringkan gol ketiga sebelum tamat separuh masa pertama dan dua gol daripada Javier Hernandez pada separuh masa kedua menyumbang kepada penamat yang menakjubkan bagi United, membelasah Wolves 5-0.

Sebelum perlawanan bermula, para penyokong kedua-dua kelab memberikan tepukan sokongan kepada Fabrice Muamba yang sedang kritikal di hospital ketika ini. Beliau tiba-tiba pengsan dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika perlawanan piala FA berlangsung, Bolton menentang Totenham pada sabtu yang lalu.

United memerlukan sembilan minit untuk menembusi pertahanan Wolves tetapi hantaran silang Rafael ke kotak penalti Wolves tidak menemui sesiapa setelah dilorongkan oleh Valencia di bahagian sayap kanan. Kedua-dua pemain ini berganding dengan baik dan merupakan di antara perubahan yang dibuat oleh Ferguson ke atas kesebelasan utama yang menentang West Brom minggu lalu.

Wolves mengatur beberapa serangan balas melalui percubaan Kevin Doyle yang ditangkap mudah oleh De Gea dan tandukan Steven Fletcher yang berada dalam keadaan offside tersasar. Tiga minit kemudian United melancarkan serangan dan menghasilkan sepakan sudut yang pertama setelah percubaan Michael Carrick terkena pemain Wolves Richard Stearman.

Wayne Rooney mengambil sepakan sudut tersebut dan berjaya menemui Carrick yang bertindak bijak menghantar semula ke dalam kotak penalti dan berjaya disepak masuk oleh Evans untuk gol pertama United serta gol pertama untuknya pada penampilan ke-119 bersama United. Keadaan bertambah buruk bagi anak-anak buah Terry Connor apabila dua terjahan keras Zubar ke atas Rooney dan Welbeck dalam tempoh 11 minit menyumbang kepada kad merah pertama perlawanan.

United menggunakan kelebihan menentang Wolves yang bermain 10 orang dan memperolehi sepakan sudut yang kedua. Tandukan Wellbeck menemui Hernandez yang menghantar bola kepada Rooney. Rooney kemudian melorongkan bola kepada Valencia yang menggerakkan jentera serangan di sebelah kanan. Pemain Ecuador ini tidak dikawal dan membuat gerakan solo menggunakan kelebihan pergerakan pantasnya melepasi beberapa pertahanan
Wolves dan menjaringkan gol kedua United.

Evans memberikan persembahan yang meyakinkan melakukan hantaran jauh merentas tengah padang menuju Valencia yang berada di sayap kanan. Valencia membuat hantaran silang ke dalam kotak penalti di mana welbeck menanti dan menyepak masuk bola melepasi Hennessey yang tersilap langkah untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Lebih kemusnahan dibawa oleh United pada separuh masa kedua dan Hennessey bertindak cemerlang menepis keluar bola hasil percubaan menarik Rooney. Walau bagaimanapun penjaga gol Wales tersebut hanya berdiri kaku apabila hantaran silang dari Rafael yang naik ke atas membantu jentera serangan United berjaya ditanduk masuk dengan mudah oleh Hernandez.

Selang beberapa minit kemudian Hernandez menjaringkan gol kedua untuk dirinya dan ke lima bagi United hasil daripada kombinasi menarik pergerakan di antara Valencia dan Welbeck. Wolves cuba bangkit dengan percubaan Michael Kightly dan Fletcher tetapi tidak berjaya menewaskan De Gea. Fabio hampir menambah gol United apabila masuk sebagai pemain gantian tetapi percubaannya melepasi palang dan kaki kanan Hennessey menyelamatkan percubaan Welbeck hasil daripada gerakan yang dimulakan oleh Rooney.

Paul Pogba masuk menggantikan Michael Carrick dan percubaannya melepasi palang. Hernandez mempunyai peluang untuk menjaringkan hatrik pada minit-minit terakhir permainan tetapi tandukannya terus ke dakapan Hennessey. Kini tumpuan diberikan kepada pertentangan sengit di antara City dan Chelsea.

Novunus: Terhibur menyaksikan live game ini tapi lagi terhibur jika City tewas kepada Chelsea.

Info asal: manutd

0 Responses to “United membelasah Wolves 0 - 5”

Post a Comment

All Rights Reserved Blog Novunus | Blogger Template by Bloggermint