Blog Novunus

Saturday, March 17, 2012

Rooney fokus kemenangan ke atas Wolves



Wayne Rooney memburu kemenangan kedua berturut-turut apabila bertemu dengan Wolves pada malam ini. Pada hari ahad minggu lalu, penyerang ini meledakkan dua gol ketika United mengalahkan West Brom di laman sendiri. Kini memburu tiga mata berharga lagi buat United pada pertembungan malam ini.

"Ini merupakan perlawanan penting bagi kami kerana City tidak bermain sehingga hari rabu minggu depan," Rooney memberitahu ManUtd.com. "Kami mempunyai peluang mendahului empat mata di persada liga. Oleh itu kami memerlukan kemenangan ke atas Wolves.

Rooney menjaringkan satu-satunya gol United ketika kekalahan United kepada Athletic Bilbao pada Khamis lalu. Penyingkiran United dari Liga Eropah memberi ruang kepada United untuk memberikan tumpuan penuh memburu kejuaraan Liga Inggeris yang ke-20 bagi mereka tetapi Rooney mengakui ia bukanlah tugas yang mudah ketika bertemu dengan Wolves di gelanggang lawan.

"Kami menghadapi perlawanan yang sukar dengan Wolves semenjak beberapa musim yang lalu. Wolves akan memberikan tentangan yang sengit tetapi kini mereka mengalami keadaan yang sukar apabila jurulatih Mick McCarthy meninggalkan mereka."

"Saya pasti ia adalah sukar bagi jurulatih baru Wolves untuk mengembalikan semula keyakinan pemain-pemain mereka tetapi daripada pandangan kami Wolves merupakan lawan yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

Pertemuan terakhir di Molineux merupakan salah satu daripada 14 perlawanan yang gagal dimenangi oleh United pada musim 2010/11 di mana Wolves bangkit menewaskan United 2-1.

"Kami masih dihantui dengan kekalahan di tangan Wolves pada musim lalu," jelas Rooney. "tetapi rekod kemenangan di tempat lawan United lebih baik pada musim ini dan jika ia berterusan peluang United untuk menjuarai liga adalah tinggi."

Novunus: Saksikan secara live di Stadium Astro, channel 812 jam 9.55 malam.

Info Asal: manutd

0 Responses to “Rooney fokus kemenangan ke atas Wolves”

Post a Comment

All Rights Reserved Blog Novunus | Blogger Template by Bloggermint