Blog Novunus

Sunday, March 25, 2012

City kehilangan mata berharga di Stoke


Hero Manchester United dalam persaingan menduduki takhta liga minggu ini adalah bekas pemain Liverpool, Peter Crouch.

Goal menarik Peter Crouch memaksa City untuk berusaha keras menyamakan kedudukan dan berjaya mendapat satu mata di Britannia setelah seri 1-1 dengan Stoke City.

Walaupun keputusan tersebut berjaya membawa City ke persada liga dengan kelebihan goal, tiada senyuman yang diukir oleh bibir Mancini dan ana-anak buahnya ketika wisel terakhir ditiup. United kini mempunyai peluang mendahului 3 mata sebagai pendahulu liga yang baru jika mereka berjaya menewaskan Fulham di Old Trafford pada malam isnin nanti.

City bertungkus lumus ketika menentang Stoke dan aksi menarik separuh pertama, tandukan Ryan Shawcross berjaya dikeluarkan dari gawang goal pada saat akhir oleh pemain pertahanan City Pablo Zabaleta. Walau bagaimanapun Crouch berjaya menjaringkan satu gol yang menarik yang bakal disenaraikan antara gol yang terbaik sepanjang musim 2011/2012 liga inggeris.

Tandukan Cameron Jerome melantun ke udara berhampiran kotak penalti City tetapi tidak memberikan sebarang ancaman sehinggalah Crouch yang tidak asing lagi dalam menghasilkan gol-gol yang menarik, membuat kawalan bola yang baik ketika sentuhan pertamanya dan membuat satu sepakan lambung menuju ke sudut jauh pintu gol City

Penjaga gol City, Joe Hary hanya mampu menggapai udara, sementara penyokong Stoke melakukan aksi The Poznan mengajuk aksi penyokong-penyokong City merayakan jaringan gol.

Stoke hanya mampu mendahului sehingga minit ke-76 apabila rembatan kencang Toure Yaya dari jarak 35 meter menerjah jaring gawang Stoke, setelah mendapat sedikit bantuan daripada Shawcross yang cuba menanduk keluar bola tersebut sebaliknya membias ke badannya dan mengelirukan penjaga golnya.

Toure berjaya menyamakan kedudukan dan kekal hingga perlawanan tamat. Mampukah The Reds menyambar peluang yang disia-siakan City dan menambahkan lagi tekanan ke atas City?

Novunus: United mampu mengharungi segala dugaan, they been doing this for years! Fingers cross...

Info asal: manutd

0 Responses to “City kehilangan mata berharga di Stoke”

Post a Comment

All Rights Reserved Blog Novunus | Blogger Template by Bloggermint