Blog Novunus

Wednesday, March 28, 2012

Seberapa pintarkah anda?

Hasil kajian sains yang terbaru menunjukkan manusia yang mempunyai saiz otak yang lebih besar mempunyai lebih ramai kawan. Mengekalkan hubungan persahabatan termasuk rakan-rakan laman sosial memerlukan kekuatan otak untuk berfikir. Kajian menunjukkan otak manusia perlu menguasai lebih kemahiran kognitif iaitu memahami pemikiran seseorang. Saintins berpendapat wujudnya hubungan di antara bilangan rakan yang anda miliki dengan saiz bahagian korteks pre-frontal orbital iaitu bahagian otak yang terletak di atas bahagian mata anda.


Ujian dijalankan ke atas 40 orang peserta dan anatomi imej MR otak bahagian korteks pre-frontal orbital mereka diambil untuk diukur. Para peserta kajian diminta untuk menyenaraikan nama rakan-rakan yang mereka kenali atau yang baru mereka kenali dalam jangka masa seminggu.Tahap keupayaan mereka untuk memahami apa yang difikirkan oleh orang lain diuji kerana ia merupakan aspek yang penting dalam mengendalikan dunia sosial manusia.


Kajian itu yang ditaja sepenuhnya oleh British Academy Centenary Research Project dan British Academy Research Professorship, buat pertama kalinya menunjukkan kecekapan di dalam kemahiran bersosial ditentukan oleh saiz otak manusia. Professor Robin Dunbar daripada Universiti Oxford berkata "kami telah membuat satu penemuan yang menunjukkan individu yang mempunyai lebih ramai rakan mempunyai bilangan neural yang lebih di bahagian korteks pre-frontal orbitalnya"

"Pemahaman hubungan di antara saiz otak individu dan bilangan rakan-rakannya telah membantu manusia untuk memahami mekanisme yang membawa kepada pembentukan otak manusia yang lebih besar daripada spesies primal yang lain. Bahagian Lobus Frontal otak manusia telah membesar secara mendadak semenjak 50 juta tahun yang lalu. Hanya jumlah masa yang diperuntukkan untuk bersosial, geografi, personaliti dan jantina yang membezakan bilangan rakan-rakan yang dimiliki mereka." kata beliau lagi.


Saiz otak anda menentukan kemahiran bersosial anda yang membolehkan anda mempunyai ramai kawan.

Novunus: Alien mesti semuanya baik-baik dan suka berkawan kan, kepala dorang semuanya besar-besar

Info: dailymail

0 Responses to “Seberapa pintarkah anda?”

Post a Comment

All Rights Reserved Blog Novunus | Blogger Template by Bloggermint